Monday, September 14, 2009

Rindu tak terucap

 
Indahnya sang bunga pasti layu jua akhirnya. 
Indahnya cinta kekal himgga ke hujung nyawa. 
Saat cinta mula berbunga, hati yang layu menjadi ceria....

Wa Aini
Terima kasih cinta, untuk segalanya kerana mengajarku erti bahagia.
Kau berikanku lagi kesempatan untuk kusemai cebisan kasihku.
Namun cinta jua membuat aku dihimpit rasa bersalah dan kesal yang sikar difahami oleh sesiapa.
Saat cintaku terpaksa dilukai dan dikianati.
Hati yang luka berdarah....biar kutanggung sendiri.

Haiqal
Sayang...
tak terucap rinduku padamu.
Kau ibarat bayang-bayang indah yang sentiasa menemaniku. 
Tanpamu aku kehilangan arah. 
Sepi yang tiada penghujungnya....menambah lara di hatiku. 
Sayang...
hadirmu jua membuka ruang-ruang kosong di hatiku walaupun kau tercipta bukan untukku. 
Namun, kutemui jua cinta yang abadi.

Wa Aimin
Terima kasih Tuhan kerana memberi peluang untukku bersama dengannya.
Nikmat cinta yang Kau anugerahkan tidak ternilai herganya.
Ain...abang amat menyayangimu.
Andai diberi peluang sekali lagi, akan kubahagiakan dirimu selamanya.

0 comments:

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates